Cik Nana's Team # PEER LEADERS UPNM

Cik Nana's Team # PEER LEADERS UPNM
Leaders of Character

Sunday, 4 August 2013

LOGHAT PAHANG ^^v

Assalamualaikum.. Hai peeps..!! Hari ni Cik Nana nak kongsi sikit loghat Pahang..

Yang ni beloh-beloh Lepeh-Jrantet slalula dengor la. Kala demeh ada nok sumbang, sumbang je kat komen/comments tu ye.

1) Antai : Di mana/menunjukkan suatu tempat.
Cth: Jatuh antai mane taik cicok tadi? 
Jatuh di mana tahi cicak itu tadi?

2) Kenjah : berlambak/serabut/banyak/menunjukkan suatu yang banyak dan suatu yang belum selesai/Sibuk.
Cth: Bila ramei anok cucu balik, berkenjoh/berkenjah la pinggan mangkuk dala singki tu.
Bila ramai anak cucu pulang, berlambaklah pinggan mangkuk di singki (biasanya belum yang basuh)
 
3) Sedang mana hari?: pukul berapa?/waktu bila?/menunjukkan masa
Cth: Sedang mana hari aok nak balik karang? 
Pukul berapa awak hendak pulang/balik nanti.

4) Mat nye?: kenapa?/suatu persoalan
Cth: Mat nye aok ni? monyok je.
Kenapa dengan awak ni? murung aja.

5) Mengatong: melepak, bersantai di suatu tempat, membuang masa.
Cth: Duk ngatong kedai kopi jelah petang-petang ari nih, duk rumoh aje, cemuih juge.
Melepak di kedai kopi lah di waktu petang seperti ini. jika duduk di rumah bosan juga rasanya.


6) Prentan = Musim/masa/zaman/menunjukkan 'masa' dan ketika.
Cth: Ek la orang noreh getoh prentan rege mehel nih ye, Nok dekat lima ringgit sekilo dah regenya, kayelah demeh.
Eksen(action)lah penoreh getah masa sekarang ini. harga getah hampir lima ringgit sekilo, kayalah korang.

7) Cemuih: Bosan
Cth: Cemuih dah keh ni, asik makan ikan patin aje, dapat kenerak sedak juge nih.
Bosan dah saya ini, asyik/selalu sangat makan ikan patin, dapat makan ikan kenerak sedap juga.

8) Kek nye : merujuk kepada sesuatu perkara yang sebelumnya/ suatu persoalan yang timbal balik/Confius/boleh digunakan dalam banyak situas/(tak reti weh nok transelit hok ni, ada sesapa boleh tolong?)
Cth: kek nye tadi kabo nok makan kodok, ni nok lempeng pulak dah.
Tadi diberitahu dia mahukan cekodok, sekarang mahukan lempeng pula.
Cth: Kek nye dia juge beria yang royat nok gi tadi. Ni tek nok pulak dah.
bukan ke dia yang bersungguh cakap mahu pergi tadi, sekarang sudah tidak mahu pula.

9) Berkerolong: menunjukkan suatu yang berserabut/ boleh juga digunakan dalam situasi yang lain.
Cth: Berkerolong dah dawai ni. Tak pintai betel-betel (Dawai ini berbelit-belit kerana tidak dipintal dengan baik/betul)
Cth: Berkerolong anok bogong tu menangis tadi, mende budok hok memei dah. (beria-ia anak En. Bogong itu menangis tadi, budak itu memang manja)

10) Cakne/Cakna; Ambil berat/ambil tahu
Cth: nye buat tak cakne je ke anoknya si Bogong tu, bior menangis gitu.
En. Bogong buat tidak ambil tahu sahaja, dan membiarkan sahaja anaknya menangis.

11) Cebet: Jinjing/membawa
Cth: Bogong suruh ke Pian je dukung anoknya, dia tangan penuh mencebet barang.
En. Bogong meminta En. Pian mendukung anaknya kerana tangannya sedang penuh membawa banyak barang.

12) Chohor: Longkang kecil belakang rumah (dari singki/bilik air)/Longkang kecil yang penuh dengan lumpur.
Cth: berguling Ejan kat chohor blakang rumoh dia tadi, nok nangkak aya sanget.
Berguling En. Ejan jatuh ke dalam longkang kecil di belakang rumahnya tadi kerana beria-ia ingin menangkap ayam.

13) Semelepor/Sempelet: Comot/Kotor/berlumpur
Cth: Pergi main kat paya tu buat menda, dah semelepor badan tu.
Siapa suruh main di sawah itu, kan sudah kotor badan tu dengan lumpur.

Okeh, Sampai sini dulu ye, kalau ada sesiap yang ingin kongsikan loghrat di kampung masing-masing dipersilakan. letak je kat dalam komen tu. nanti saya kumpulkan untuk tatapan semua. Sokongan rodong-rodong semua amatlah diperlukan & dihargai..cewahh! Wassalam.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Manakala ini ada satu lagi di kongsi oleh rodong kita
"koi kongsikan beberapa perkataan yang digunakan oleh arwah tuk koi dulu..tapi sebenarnya bahasa inggeris..
Berpodor- Berbedak..
Cth Ayat..Weh..Budok!! lepas mandi klu berpodor tambah rongi lah.."
 
crdt to:  http://darulmakmurblogger.blogspot.com

Sunday, 21 July 2013

WARNA WARNI BERGELAR MAHASISWI

Assalamualaikum semua..!!
Hai Peeps..!Cik Nana nak share warna warni kehidupan Cik Nana sebagai seorang mahasiswi.. Sangat Seronok.. kat bawah ni gambar2 tulang belakang PEER LEADERS UPNM..semuanya OWESOME..!!! Cik Nana kepilkan sekali gambar strategist intake 2010 n gambar sekitar kampus Cik Nana yang unik tu... layann..!

FARHAN ASWAD & FARHAN AZMI MURAD



PEER LEADERS UPNM
NIZAM & EN KHAI & KAK HAQIAH

SANTAI ALUMNI

NIZAM a.k.a PRESIDEN PEER LEADERS UPNM

NIZAM & AFIQ

PN. FAIZAH a.k.a Penasihat II Peer Leaders UPNM


FIRDAUS AFFANDI


PERPUSTAKAAN JENERAL TUN IBRAHIM, UPNM

WISMA PEGAWAI KADET

NIZAM & EN KHAI a.k.a Kaunselor Pelatih


SYAFIQ HILMAN a.k.a TIMB. PRESIDEN PEER LEADERS UPNM

TAUFIQ a.k.a Diary Bergerak

MY CLASSMATE a.k.a STRATEGIST INTAKE 2010

MY LOVE UNIVERSITY

TAUFIQ @ ADEELA'S HOUSE

ME & ADEELA

AMALINA a.k.a ASU

Teacher Hana..

Assalamualaikum..

Hai Peeps..!! Apa khabar?? Cik Nana harap semua sihat-sihat la ye.. Hari ni hari apa ye?? Hari ni hari ahad.. Maknanya.... Da 12 hari kita berpuasa...yeayy..!! Genap seminggu Cik Nana jadi pendidik.. TEACHER HANA..Sekarang Cik Nana da jadi seorang guru.. Guru tadika.. Kat mana?? Ade lerr.. Kat Balok je..

Well.. Kenapa Cik Nana pilih kerja sebagai guru tadika?? Macam ni.. Cik Nana tak nak duk jauh dengan famili..heee..Lagipun keje sebagai guru tak yah pulang malam..masuk jam8 pagi, balik jam 5 petang.. Kerja pun tak la berat sangat.. Enjoy taw layan budak2.. hehe.. Know what, Cik Nana kena ajar budak 5 tahun for kelas pagi dan ajar kelas KAFA untuk budak 4 tahun.. Seriously, its not easy..huhu..tapi takpe, me enjoy it..Sebelah malam pulak Cik Nana tolong ummi Cik Nana siapkan tempahan baju raya.. Sekarang Cik Nana da maju setapak ke hadapan..Yeaayyy...!!

Weekend Cik Nana pulak dipenuhi dengan mengikuti kelas kraftangan.. Kat mana? Kat sebuah pusat kraftangan di Berjaya Megamall, Kuantan.. cari sendiri ye pusat tu..hehehe..Kira okay la kan weekend Cik Nana tu dipenuhi dengan aktiviti berfaedah.. Takde la nak merayau tak tentu pasal.. Now pun Cik Nana tengah mahirkan diri dalam bidang jahitan dan kraftangan.. Ummi kata rugi kalau tak pandai menjahit.. hehe.. Ye la ummi..

InsyaALLAH weekend ni berangkat ke U untuk persediaan mesyuarat PRSK..may Allah bless.. may Allah ease..

#SAYA #RINDU #PEERLEADERS #UPNM #FAMILY
#SAYA #RINDU #STRATEGIST #3ZP44 #INTAKE2010
#SAYA #RINDU #SEMUA


Friday, 5 July 2013

SABAR JE LAAA...

Assalamualaikum..

Hai peeps..!! 

Hari ni sangat menguji kesabaran diri Cik Nana.. Astarghfirullah.. Ampunkan Cik Nana ya ALLAH..
Cik Nana harap ALLAH buka pintu hati beliau untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sebaik-baiknya..

Sungguh..Demi ALLAH..
Cik Nana tak nak esok-esok dia kena jawab sebab tak buat kerja elok-elok..
Cik Nana akui Cik Nana bukanlah sempurna..
YA..tiada yang sempurna dalam hidup ni melainkan Allah yang esa..

TERIMA KASIH YA ALLAH..
Terima kasih kerana memberikan Cik Nana kesabaran yang cukup tinggi untuk apa yang berlaku..Sesungguhnya Allah bersama orang yang benar..

YA ALLAH, ampunilah dosa semua umat manusia..
YA ALLAH, permudahkanlah urusan kami semua..
YA ALLAH, pimpinlah hati kami untuk terus menjadi orang yang sabar dan akur pada perintahMu..
Hanya padaMu aku bermohon..

#Cik Nana manusia biasa..ada perasaan marah,sedih,suka,duka,kecewa..

#Teringat kata-kata pensyarah Cik Nana "If you teach me how to be cruel, i will learn very fast"..yess!! i can be cruel and you will never know how cruel i can be..

#Diam tak bermaksud lemah.. Tutur bicara yang halus bukan menyerah kalah.. Cuma hormat pada yang berhak.. 

#Berani kerana benar..

ORI @ TIDAK HANDPHONE ANDA

Assalamualaikum..


Hai peeps..hari ni Cik Nana nak share camne nak taw TEMPAT LAHIR henpon korang.. Check it outtt...!!


Okey ikut langkah langkah seperti di bawah nie :

1. Taip *#06#

2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)

3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473

4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******

5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.

•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Monday, 1 July 2013

AHLAN WA SAHLAN YAA RAMADHAN

Assalamualaikum..

Hai peeps..!!
 Sekarang da first of July.. 
Meaning that tinggal lagi lebih kurang 9 hari sebelum bulan ramadhan.. 


AHLAN WA SAHLAN YAA RAMADHAN..
Tak sabar nak tunggu bulan puasa.. 
Korang semua pulak macam mana?? 
Dah habis ganti puasa belum?? 
Cepat2 ganti..masa kian suntuk ni..Hehe..

Pejam celik, pejam celik..
Cik Nana pun dah menjejaki ke alam dewasa..
Maka bermula lah kehidupan Cik Nana sebagai orang dewasa..
Zaman belajar dah berlalu..InsyaALLAH ada rezeki Cik Nana akan sambung pelajaran Cik Nana ke peringkat yang lebih tinggi.. MASTER..hehe..

Rindunya alam kampus..rindu adik2 PEER LEADERS UPNM semua..rindu geng-geng strategist ZP44 intake 2010/2011..

Salam Ramadhan untuk semua..



#Ramadhan dinanti Syawal dirai#

Saturday, 29 June 2013

GEMPAK SISWA UPNM 2013

Assalamualaikum..

Hai peeps.. Hari ni Cik Nana nak share story semasa Cik Nana join a.k.a handle program GEMPAK SISWA UPNM 2013.. Ternyata menguruskan sesuatu program itu lebih susah berbanding menyertai sesuatu program.. Tak percaya? Try handle satu program pastu compare dengan join satu program.. nanti korang semua akan tahu  susah senang handle program tu..huhu..bukan nak claim,cuma nak share pengalaman dengan korang..

Semasa tiba di Kelantan
Okayyy..program GEMPAK SISWA UPNM ni berlangsung selama 4 malam 3 hari..haha..pelik kan?? Maklum laa, kami bertolak malam 21 Jun 2013.. Setibanya kami di Kg.Kubang Kiat, Ketereh,Kelantan Darul Naim, kami enjoy rewang2 dengan warga SK Kubang Kiat... TQ Che Qah.. Lepas tu bermula lahh proses pembahagian keluarga angkat.. guess what?? Cik Nana n adik Cik Nana iaitu bulat a.k.a Taufiq dpt mama angkat yg same..haha..petang tu pulak ada cooking race..team Cik Nana masak tomyam..wowww!! berbakat juga adik2 Cik Nana ni memasak even da lama tak jumpa dapur.. Cik Nana respect la korang semua..lastly utk 22 Jun 2013, malam tu ada sesi LDK pembentangan modul untuk sesi mindstream dengan pelajar SK Kubang Kiat keesokannya..

Persiapan Mindstream
Rewang
My Family Angkat (Hana, Deela, Ma, Taufiq)
Peer Leaders UPNM + Family Angkat
Cooking race.."SY MENANG PERIUK"
Cooking Race..Meniti Titi
masak ape tuuu??
3 in 1 make budu

























23 Jun 2013..Pagi tu Cik Nana terlewat bangun..!! damn..!! ampun teman2, adik2, kakak2, abg2.. hehe..Cik Nana penat sangat pergi Wakaf Che Yeh kot..Dulu masa mula2 sampai kat Wakaf Che Yeh, Cik Nana sesat tak jumpa jalan keluar..haha..ni kali ketiga Cik Nana sampai kat Wakaf Che Yeh..ALHAMDULILLAH..Cik Nana dah tak sesat..huhu..Aktiviti pagi team Peer Leaders UPNM adalah menjalankan aktiviti gotong-royong kat rumah penduduk kampung yang agak susah..rupanya masih ramai yang susah daripada kita..petang tu pulak ada aktiviti MINDSTREAM dengan adik2 pelajar SK Kubang Kiat..seronok mereka jumpa abang2 & kakak2 askar..teruja..!! kami adakan sedikit aktiviti berkaitan matematik dannnn OH MY ENGLISH..and then diakhiri dengan sesi ADY & ADAM..ady dan adam ni sebenarnya johan Young Leaders Motivator Competition intraUPNM yang telah Peer Leaders UPNM anjurkan pada 8 Disember 2012..okayy..berbalik pada program, sebelah malamnya kami dihiburkan dengan dikir barat daripada wakil penduduk kampung dan wakil UPNM mempersembahkan TTS (Tempur Tanpa Senjata)..

Gotong-royong
Gotong-Royong
Gotong-Royong
Mindstream
Mindstream
Easy Math @ SUDOKU ALPHABET
Mindstream
Student & Fasi
Sesi ADY & ADAM
Kartunis la deme2 ni
Peer Leaders UPNM vs Penduduk Kg. Kubang Kiat
Dikelilingi peminat cilik @ Huzaifi
Kak Yong & Anak Buah
24 Jun 2013.. Bermula dengan majlis penyerahan kembali anak angkat kepada pihak UPNM..ramai family angkat yang sedih sebab teraksa berpisah dengan anak2 angkat..InsyaALLAH ada masa ketemu lagi..kami teruskan perjalanan kami ke Universiti Malaysia Kelantan untuk bertemu wakil PRS UMK..kami disambut penuh ceria walaupun kami tiba lewat hampir 2jam..gomenasai..!! guess what?? Kami belajar tarian Xi Shua Shua dan Para-Para Dance by Ayumi..really enjoy it..thanks..

KAMI
Pancing Botol


Persembahan Dikir Barat


#thank you adik2 PEER LEADERS UPNM..KORANG MEMANG THE BEST..!!