Cik Nana's Team # PEER LEADERS UPNM

Cik Nana's Team # PEER LEADERS UPNM
Leaders of Character

Monday, 28 May 2012

TEKNIK MOTIASI DIRI

Assalamualaikum..

Okay..hari ni sy nak berkongsi sedikit teknik bagi meMOTIVASIkan diri kita..Disebabkan sy sendiri pun tengah emosi terganggu dan tak stabil, so sy perlu memotivasi diri sy sendiri..tapi sy nak share dengan kawan2 jugak..setiap orang tak pernah lari daripada menghadapi masalah tak kira kecil atau besar..Kadang2 emosi terganggu la,jiwa kacau la..sampai ada yg stress (sy la tuu..hihi),hilang selera makan dan ada yang tak mampu untuk tersenyum..badan tak berdaya..Tapi, untuk mengatasinya kita mestila tahu teknik2 yang betul..kan??..So..jom kita tengok apakah teknik2 yg sesuai bagi memotivasi diri kita yg tengah terganggu, jiwa kacau, stress, frust, macam2 lagi la..jom2..



1) Baca buku motivasi...means buku2 yg mendorong kita kearah yg lebih baik..jangan pulak tengah2 frust tu masih lagi membaca novel2 cinta..nanti kita akan tersekat dalam dunia fantasi dan lupa akan realiti kehidupan..

2) Tulis artikel berkaitan motivasi..boleh juga jika membuat diari yg dihiasi dengan kata2 motivasi pembangkit semangat diri yg kian pudar selagi masih punya waktu..


3) Mendirikan solat bagi memohontaufik dan hidayah daripada Allah s.w.t dan juga memohan keampunan daripada Allah s.w.t terhadap kekhilafan kita pada masa lalu yg mungkin kita sedar mahupun tidak..

4) Berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t agar memberikan kita kekuatan dan hidayah daripada Allah s.w.t untuk menempuh liku2 kehidupan yg penuh dengan cabaran..

5) Mencipta satu ritual atau kata2 pembakar semangat yg khususu untuk diri sendiri seperti : IF YOU CAN, SO DO I..

6) Mendengar lagu yg mampu menaikkan semangat kita dan memberi inspirasi kepada kita..kalau yg frust tu,jangan asyik layan lagu cinta je..nanti kamu akan lena terbuai dalam imaginasi sendiri..

7) Bermain alat muzik sekiranya berkebolehan..atau cara yg lagi mudah, kamu semua mengaji la..baca la Al- Quran kerana ia mampu menenangkan jiwa yg tidak tenteram..

8) Menatap gambar yg mampu memberikan kamu motivasi..contohnya, tatap la gambar kedua ibu bapa kamu..letakkan gambar mereka di meja belajar kamu, nescaya perasaan resah itu akan hilang..

9) Mendapatkan tidur yg secukupnya..sekurang2nya masa tidur tu kita akan melupakan masalah yg kita hadapi untuk sementara waktu..tapi jangan sampai terlebih tido..nanti lesu dan tak bermaya pulak..

10) Bersenam atau melakukan aktiviti riadah sekurang2nya 3kali seminggu supaya badan dan minda sihat, cerdas, dan cergas..

11) Tidak menangguh2kan kerja..kalau asyik bertangguh je, kerja yg sikit akan menggunung..nanti mental masa sendiri pulak..masalah pulak yg muncul nanti..so, jangan suka bertangguh yee..bila buat sesuatu tu, buat betul2 dan bersungguh2..

12) Mewujudkan jadual harian anda..jangan la padat sangat..nanti tak terikut pulak jadual tu.memadailah sederhanan sahaja..tapi bagi yg tengah frust t, elok la menyibukkan diri anda..setidak2nya, anda akan melupakan si dia untuk seketika..

13) Kalau emosi kamu semua masih lagi tidak stabil, berjumpalah dengan pakar seperti pakar kaunselor..bagi para pelajar, jadikan jumpa kaunselor itu sebagai rutin bulanan anda agar hidup anda sering dipantau agar tidak terbabas daripada landasan yg sebenar..

14) Kalau susah nak jumpa kaunselor, tidak salah jika kamu semua berjumpa dengan teman2 rapat..berkongsi cerita dengan mereka..luahkan apa yg terbuku di dalam hati..setidak2nya, kamu akan berasa lega..tahap kecelaruan kamu semua juga akan menurun..

15) Kamu semua boleh juga keluar makan atau bersiar2 bersama keluarga..hal ini mampu melepaskan segala tekanan yg ada..gelak tawa bersama mereka semestinya mampu mneceriakan susasana yg suram..

16) Jika diadakan program motivasi, apa kata jika kalian turt serta? mungkin semangat yg hilang akan kembali setelah mendengar ceramah motivasi daripada motivator yg hebat2 belaka..

17) Akhir sekali, pergilah melancong tidak kira di dalam mahupun di luar negara..


Kepercayaan adalah perkara yg paling penting dalam sesebuah perhubungan..so,setialah pada pasangan anda.. <3

Friday, 25 May 2012

DEMI MATAHARI



Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit serta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah ... Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah ... Allah, Subhanallah 

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah



LAST DAY KOKORIKULUM =(



Assalamualaikum..

Hari ni 25 Mei 2012..last day kelas batik canting..sedih..banyak amanat yg sir mohamizzam bagitahu..

1) Kamu semua belajar ni untuk family kamu..ingat family kamu yg susah payah hantar kamu belajar tinggi2..jangan kecewakan mereka..

2) Belajar rajin2..jangan banyak main..tepati masa..biar susah sekarang, asalkan masa depan terjamin..

3) Jangan habiskan masa dengan perkara yg tak berfaedah..masa kini penentu masa depan..kalau banyak main,masa depan macam mana??

4) Jangan sedih2..datang universiti ni niat untuk belajar,bukan bersuka ria..

Terima kasih sir..amanat sir akan kami ingat sampai bila2..sebak pulak bila sir sebut pasal mak ayah..mungkin selama ni kami banyak main,tak tepati masa..tapi kata2 sir telah membuatkan kami sedar..kami perlu berubah untuk menjadi insan yg cemerlang..

Terima kasih sir sebab suruh sy dan kawan2 yg datang lewat first day hari tu menari tarian naga..haha..sy tak kan lupa sampai bila2..kenangan terindah sy dalam kelas koko ni..

TERIMA KASIH SIR..
MAAFKAN SEGALA SALAH SILAP PELAJAR BATIK CANTING KUMPULAN 2..
SELAMAT BERPUASA..
SELAMAT HARI RAYA..
TAHNIAH COZ MENIMANG CAHAYA MATA KEDUA..

SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERKATI KEHIDUPAN SIR DUNIA AKHIRAT..
AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Tuesday, 22 May 2012

SANTAI ALUMNI @ UPNM

Assalamualaikum..

Okay..hari ni nak cerita pasal SANTAI ALUMNI 2 @ UPNM..program ni diadakan khas untuk bekas pelajar Akademi Tentera Malaysia (ATMA) dan juga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)..terdapat pelbagai aktiviti yg dijalankan seperti pertandingan bolasepak,ragbi,tarik tali khas untuk golongan dewasa..untuk kanak2 pula (anak2 bekas pelajar),acara kutip gula2,cari gula2 dalam tepung,tiup belon sampai pecah..para pelajar UPNM kini juga menyertai pelbagai pertandingan yg diadakan seperti pertandingan ikat tali leher dan baling belon berisi air..terdapat juga pertandingan lautan asid dimana para peserta dkehendaki menyeberang tanpa menjatuhkan kaki mahupun badan ke atas rumput..pergerakan hanyalah menggunakan 3 bata..jum kita tengok gambar..

salah seorang alumni menerima hadiah selepas mengikuti beberapa acara

Me & my bestie,syaza

Wakil daripada peer leaders UPNM =)

aikk..?? kadet pun nak kutip gula2 gak kerr??huhu..

tiup belon ye dik?? tak takut ke dik belon pecah?? -.-!

teringat zaman kanak2..masa family day,abah slalu bawak..selalu ada acara ni..huhu..taktik yg sama dgunakan..hihi..simpan dlm baju..



me & my junior..pa'an..

TNC UPNM, Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din & kaunselor UPNM, En. Mohd Nurhafiz Bin Mazlan

alumni2 dan para pelajar alumni bersama TNC HEPA

Para Young Officer wataniah..para leftenan muda sumenye ni taw..

My classmate..indriyati..but with who?? huhu

para pelajar UPNM pun pandai bisnes ye?? hihi

KEJOHANAN FUTSAL @ USIM

Assalamualaikum..

Okay..hari ni sy nak cerita pasal kejohanan futsal di USIM pada 5 Mei 2012 yg lepas..UPNM telah menghantar 3 kumpulan menyertai kejohanan ini..walaupun tidak sampai ke pusingan akhir,sy berbangga dengan semangat anak2 buah sy yg sentiasa bersemangat dan bernain bersungguh2..terima kasih juga kepada solihin coz da sudi teman sy turn naik HEPA..bersusah dengan sy dalam memastikan semua anak buah kami dapat mengikuti kejohanan futsal tersebut..tenkiu taw solihin..jum kita tengok gambar.. <3

Salah seorang pelajar UPNM yang mengikuti kejohanan futsal di USIM..naza..

gaya kann???

Salah satu pasukan UPNM..

Pelajar asasi yang turut bermain untuk kejohanan futsal terbuka USIM anjuran Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Walaupun tidak sempat sampai ke pusingan akhir, tapi sy berbangga dengan kesungguhan dan semangat anak2 buah sy =)

Sunday, 20 May 2012

I LOVE YOU..



Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata.


I'm sorry but i love you,
I'm sorry if i miss you,
Even if i can't have you,
You know i'll always be there for you.

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,
Mungkinkita tak bersamaditakdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,
Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam atau pun bisu.

I'm sorry but i love you,
I'm sorry if i miss you,
Even if i cant have you,
You knoe i'll always be there for you,
I'm sorry but i love you..




TAPI BAGAIMANA..



Kau buat ku terujua
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembunyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu
Tiada yang nak tentang
Tiada yang nak gaduh
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

CINTA VS SAYANG



Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang…
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira…
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma
berangin sahaja…
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita
cinta,
kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang
yang kita suka,
kita akan tersenyum…
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja…
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar…
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita
cinta…
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita
suka…
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira…
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang
yang kita suka…
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup
mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda
cinta….
Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi…
Kasih sayang-Mu Tuhan,
Itu yg kudambakan…
Dgn rahmat-Mu,
Ampunilah dosaku…

SOMEONE LIKE YOU..

Assalamualaikum..

Petang2 macam ni membuatkan sy teringat kepada seseorang..seseorang yg pernah ada dalam hidup sy..sebagai seorang abang..E.M.D.A.R..daa lama tak dengar khabar berita tentang dia..pernah terserempak tp tak berpeluang untuk bertegur sapa..hurmm..kenapa sy panggil E.M.D.A.R abang?? sebab dalam kelas dia seorang je lelaki antara kami..huhu..mastura a.k.a kak ngah..suryana a.k.a kak chik..dan sy sebagai adik...huhu..even sama umur,sy dipanggil adik..agak lucu..tp sayang..dia tinggal kami..dia daa janji tak nak tinggal kami..tp tinggal jugak..sangat sedih.. =( 

sejak hari tu,sy da tak terima sesiapa pun yg nak jadi abang sy..sebab sy takut dia akan tinggal sy jugak satu hari nanti..sy tak sanggup hilang keluarga sy,kawan2 sy..dan juga abang sy..





abang E.M.D.A.R pernah pesan:

"Hargailah orang yang menyayangi kita..sekiranya kita leka,kita akan kehilangannya untuk selamanya..kita tak tahu siapa dia dan dari mana dia datang..mugkin setelah dia berlalu dan kehilangannya,barulah kita sedar diri dia sangat bermakna..tapi masa tu dah terlambat kerana kita gagal menilai"..

Sejak itu,sy betul2 akan menghargai mereka yg sentiasa bersama sy..sy tak nak menyesal dan merindui apa yang telah berlalu..andai diberi kesempatan, sy nak jumpa abang E.M.D.A.R,sy nak cakap kat dia sy akan jadi kuat..sy tak nak jadi lemah..sy akan belajar rajin2..dan yg paling penting..sy nak cakap kat dia bahawa sy sayangkan dia dan bersyukur mempunyai seorang abang yang sangat prihatin..there is no SOMEONE LIKE YOU..